Page 3 - Pelan Strategik ICT
P. 3
2010 - 2012 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
1 | Kata Pengantar CIO
Agenda Kebangsaan Malaysia, Wawasan 2020, telah
menyatakan perancangan Malaysia untuk menjadi sebuah negara
yang maju dan menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan.
Dalam mencapai wawasan ini, semua universiti di Malaysia
hendaklah cemerlang di dalam penyelidikan dan juga inovasi
yang sangat diperlukan di dalam memantapkan ekonomi
berasaskan pengetahuan. Universiti Malaya telah mensasarkan
untuk menjadi salah sebuah universiti yang tersenarai di dalam
senarai 100 universiti yang terbaik di dunia dalam jangka masa
5 tahun. Bagi merealisasikan sasaran ini, UM telah menyediakan
Pelan Strategik ICT untuk 3 tahun akan datang. Saya, selaku
CIO UM dengan berbesar hati ingin memperkenalkan
Pelan Strategik ini. Pelan Strategik ICT UM ini adalah penting
agar dapat menggariskan dan membuat perancangan yang rapi
ke atas infrastruktur ICT dan juga info-struktur di Universiti ini.
Pelan Strategik ICT UM ini adalah penting agar dapat menggariskan dan membuat
perancangan yang rapi keatas infrastruktur ICT dan juga info-struktur di Universiti ini.
Pelan ini juga memberi halatuju pembangunan ICT dan juga dapat memantau supaya
tiada projek-projek ICT dilaksanakan secara berasingan. Pelan Strategik ini akan terus
menyokong pembangunan kemudahan dan perkhidmatan ICT di Universiti ini sepertimana
yang telah dilakukan dalam jangkamasa 3 tahun yang lalu, semenjak saya menerajui CIO di sini.
Pada masa itu, kami juga telah membangunkan Halatuju Integrasi yang menggariskan
peringkat-peringkat di mana integrasi untuk semua aplikasi ICT akan dilakukan dalam
masa 3 tahun. Pelan Strategik ICT UM ini menggariskan 5 inisiatif strategik iaitu:
• Membangun infrastruktur dan perkhidmatan ICT yang mampan dan terkedepan untuk
menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti.
• Memperkasakan ICT untuk membangunkan komuniti yang berdasarkan ilmu di Universiti.
• Meningkatkan dan menginovasikan kemudahan ICT untuk menyokong teras utama Universiti.
• Menerapkan budaya ICT di kalangan warga Univerisiti.
• Menyediakan persekitaran ICT yang berintegrasi di Universiti.
1