Page 15 - Pelan Strategik ICT
P. 15
2011 - 2013 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
Puan Asiah Abu Samah
Ketua Bahagian Keselamatan, Audit dan Latihan
Pusat Teknologi Maklumat
3.9 BAHAGIAN KESELAMATAN, AUDIT DAN LATIHAN-ICT (BKAL)
3.9.1 Latar Belakang
Bahagian Keselamatan, Audit & Latihan – ICT telah diwujudkan mulai dari Julai 2011 bagi
menggantikan 2 bahagian sebelum ini iaitu Bahagian Perancangan dan Pengkomputeran Penyelidikan
(BPPP) dan Bahagian Keselamatan, Latihan & Kawalan Kualiti (BKLKK). Tujuan penggabungan dan
penstrukturan semula bahagian adalah untuk memastikan aktiviti yang bakal dilaksana adalah
lebih fokus dan membantu PTM meningkatkan aktiviti perkhidmatan nilai tambah di masa hadapan.
• Keselamatan dan Audit ICT
Pembangunan polisi dan pelaksanaan prosedur (ICT Security Framework) untuk membantu
melindungi keselamatan sumber ICT dan data institusi UM yang merangkumi penyelidikan,
pengajaran, dari sebarang aktiviti subversif.
• Pembudayaan ICT bagi komuniti UM
Pembudayaan ICT melalui aktiviti latihan dan kesedaran bagi menggalakkan staf
mengunakan ICT secara kreatif untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan
perkhidmatan.
• Audit Aplikasi
Mewujudkan piawaian dan amalan baik proses pembangunan aplikasi untuk dipatuhi oleh
pasukan pembangun aplikasi PTM bagi memastikan proses penyelenggaraan dapat
dilaksanakan dengan lebih kos-efektif dan menjamin kelangsungan operasi aplikasi-aplikasi
sistem UM di masa hadapan
13