Page 2 - ICT Project 2014
P. 2

1.     Pendahuluan

               PTM sebagai penyedia perkhidmatan ICTsentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan
               perkhidmatan demi kecemerlangan Universiti.

               Sehubungan  dengan  itu,  pada  tahun  2014,  PTM  telah  memulakan  usaha  bagi  pembangunan,
               pelaksanaan  dan  pensijilan  Information  Security  Management  System  (ISMS)  ISO/IEC  27001:2013.
               ISMS merupakan kerangkakerja polisi dan prosedur yang merangkumi kawalan fizikal, teknikal dan
               perundangan  yang  terlibat  di  dalam  proses  pengurusan  risiko  maklumat  sesuatu  organisasi.
               Pengurusan  keselamatan maklumat  secara  bersistem  akan meningkatkan  kerahsiaan,  integriti  dan
               ketersediaan sesuatu maklumat yang dibekalkan.  Pelbagai pengukuran dan pemantauan terhadap
               proses  teras  membolehkan  PTM  mengetahui  keberkesanan  tahap  perkhidmatan  dan  seterusnya
               mengambil  tindakan  sewajarnya.    PTM  menjangkakan  memperoleh  pensijilan  ISO/IEC  27001:2013
               dalam masa terdekat.

               Peningkatan  mutu  perkhidmatan  seringkali  bererti  menilai  semula  proses  dan  amalan  sedia  ada.
               Ditambah pula dengan pemotongan peruntukan, PTj perlu kreatif dalam penyediaan perkhidmatan.
               Hasilnya,  beberapa  proses  kerja  di  PTM  telah  ditambahbaik.  Antaranya,  menggubal  sebuah
               jawatankuasa bagi menilai permohonan bagi perkhidmatan ICT. Hanya permohonan yang berimpak
               tinggi dan di mana PTM mempunyai sumber (cth: tenaga kerja, kewangan) untuk menyediakannya
               diberi keutamaan. PTj juga digalakkan menyediakan peruntukan bagi sesuatu permohonan ICT apabila
               PTM  tidak  mempunyai  bajet  mencukupi.  Proses  lain  yang  telah  ditambahbaik  ialah  berkaitan
               pembaikpulihan PC. Melalui penambaikan proses tersebut, tenaga staf ICT di PTj telah dimanafaatkan
               di  mana  usaha  membaikpulih  PC  kini  dikendalikan  terus  oleh  PTj  sendiri.    Ini  sudah  tentu
               memendekkan  masa  pembaikpulihan  berbanding  pengendalian  oleh  entiti  berpusat  seperti  PTM.
               Penambahbaikan proses ini juga bermakna PTM dapat  menumpu kepada perkhidmatan teras dan
               kritikal  seperti  penyelenggaraan  rangkaian,inovasi  dsb.  PTM  juga  telah  menyambut  saranan
               pengurusan  agar  PTj  terlibat  di  dalam  penjanaan  pendapatan.    Pada  tahun  2014,  PTM  telah
               memulakan inisiatif ini dan berjaya mendapat kutipan kasar sekitar RM60,000 bagi perkhidmatan ICT
               yang telah dikomersilkan.

               Teknologi ICT yang sentiasa berevolusi  memberi peluang kepada penyedia perkhidmatan ICT seperti
               PTM  bereksperimen  dengan  teknologi  baru.  Big  Data  dan  Cloud  merupakan  inisiatif  terkini  PTM.
               Beberapa  perkhidmatan  telah  diletakkan  di  Cloud.  Big  Data  pula  digunakan  untuk  menganalisa
               pelbagai log yang terhasil dari transaksi elektronik.

               Memperoleh bangunan baru menjadi agenda PTM sejak beberapa tahun lepas. Akhirnya pada tahun
               2014, bajet diperuntukkan untuk pembinaan bangunan khusus bagi PTM.  Bangunan tersebut dijangka
               siap pada tahun 2015.
   1   2   3   4   5   6   7