Page 2 - ICT Project 2015
P. 2

1.  Pendahuluan

               Pada tahun 2015, PTM telah memberi keutamaan kepada aktiviti penaiktarafan beberapa perkhidmatan
               utama seperti infrastruktur rangkaian di sekitar kampus. Rangkaian di beberapa fakulti telah dinaiktaraf
               kepada kelajuan di antara 1-10 Gbps. Perkhidmatan wifi juga disediakan di lokasi-lokasi strategik di luar
               bangunan seperti di Tasik Varsiti, Perhentian Bas dan Rimba Ilmu bagi memberi manafaat kepada warga
               kampus,  khususnya  pelajar.  Kapasiti  talian  Internet  juga  telah  dinaiktaraf  dari 3Gbps  kepada 5  Gbps.
               Infrastruktur  pelayan  virtual  telah  diganti  dengan  perkakasan  baru  dan  kapasiti  sistem  backup
               dinaiktaraf kepada 13 TB.


               PTM  masih  membekalkan  PC  kepada  PTj  di  mana  sebahagian  besarnya  iaitu  85%  adalah  bagi
               menggantikan komputer-komputer yang telah mencapai usia 7 tahun dan ke atas. Komputer-komputer
               yang  telah  usang  ini  kurang  sesuai  untuk  melarikan  aplikasi-aplikasi  dan  perisisan-perisian  terkini.
               Dengan penggantian ini, masalah ketidakstabilan dan kerosakan dapat diminimakan seterusnya dapat
               meningkatkan produktivi.

               Beberapa  sistem  aplikasi  telah  ditambahbaik,  antaranya  adalah  Sistem  e–Procurement  yang  kini
               mengautomasi sepenuhnya proses berkaitan perolehan serta berintegrasi dengan Sistem SAP yang juga
               telah  dilaksanakan  pada  tahun  2015.  Sistem  Kemasukan  Autonomi  Ijazah  Dasar  telah  diperkenalkan
               pada tahun lepas untuk membolehkan pelajar lepasan STPM/STAM, Matrikulasi atau Diploma/setaraf
               memohon masuk ke program Ijazah Dasar yang ditawarkan.

               Hasil  pembangunan  infrastruktur  Big  Data,  PTM  telah  berjaya  mendapat  pengiktirafan  dengan
               memperoleh 2 anugerah eGOV dari pihak MAMPU .

               Komitmen  terhadap  keselamatan  maklumat  dipamerkan  melalui  pensijilan  ISMS  ISO/IEC  27001:2013
               yang telah diprolehi pada April 2015.


               PTM juga telah mengkomersilkan perkhidmatan rakaman video dan telah berjaya menjana pendapatan
               sekitar RM 200,000.00 iaitu peningkatan sebanyak lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

               Bangunan baru PTM yang telah mula dibina pada tahun 2014  dijangka siap sepenuhnya pada bulan Feb
               2016.
   1   2   3   4   5   6   7