Page 11 - Annual Report 2017
P. 11
E. Pembangunan Sistem Permohonan Kenaikan Pangkat Akademik (SAPT) -
Meningkatkan Visibility dan Prestasi Kerja Sedia Ada
Projek ini berjaya dilancarkan pada Jun 2017. Sistem ini berjaya mempercepatkan
permohonan kenaikan pangkat staf dan pemprosesan oleh pentadbir dan
pengurusan. Antaramuka sistem yang mudah dan kemas meningkatkan visibility
sistem ini. Sistem ini berjaya mencapai objektif iaitu meningkatkan prestasi kerja sedia
ada.
F. Pembangunan Sistem UMPoint
Tujuan utama sistem UMPoint ini dibangunkan adalah untuk mempromosikan fasiliti di
UM kepada warga kampus dan pihak luar dan membolehkan ruang yang ditawarkan
untuk disewa dapat ditempah oleh pengguna luar dan warga UM. Sistem ini
memudahkan atau membolehkan pengguna luar membuat tempahan fasiliti UM
secara online dan seterusnya membuat bayaran online menerusi Kad Kredit. Sistem ini
juga telah diintegrasi sepenuhnya dengan sistem kewangan UM bagi memudhkan
proses rekod dan pemantauan hasil dilaksanakan. Pelancaran sistem ini diyakini dapat
membantudan menyokong usaha bagi meningkatkan peluang penjanaan
pendapatan dengan lebih berkesan. Selain itu, menerusi sistem ini juga membolehkan
pemantauan bagi pengunaan ruang/fasiliti yang lebih sistematik.
Page 10 of 24