Page 4 - sains_eksesais
P. 4

3                                       SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) SESI AKADEMIK 2018/2019





















               Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




               Pusat Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya (dahulu dikenali sebagai Pusat Sukan) atau
               nama singkatan PSSE menawarkan ijazah pertama dalam dalam Pengurusan Sains Sukan dan
               Sains Eksesais dan ijazah pasca siswazah dalam bidang Sains Sukan. PSSE memiliki kurikulum
               yang  dinamik  dan  berpegang  pada  motto  “Cergas  Cetus  Cerdas”,  menyediakan  peluang
               kepada pelajar-pelajar membangunkan minda dan menimba pengalaman membina ke tahap
               global dalam konteks ilmu sukan, rekreasi dan kecergasan.

               PSSE dibarisi pensyarah dalam dan luar negara dan hampir kesemuanya berkelayakan PhD.
               Setiap  dari  mereka  mempunyai  kepakaran  dan  kemahiran  tersendiri.  Ilmu  pengajaran
               disampaikan  dalam  bentuk  kuliah,  sesi  praktikal,  kerja  lapangan  dan  penyelidikan.  Selain
               daripada mengajar dan membangunkan prestasi akademik pelajar, mereka turut menjalankan
               tugas-tugas  pentadbiran,  melaksanakan  kerja-kerja  penyelidikan  dan  penerbitan,  serta
               menyumbang  khidmat  nasihat  kepada  masyarakat  dalam  bidang  sukan,  rekreasi  dan
               kecergasan. PSSE ialah tempat di mana teori sukan yang dipelajari, akan dipraktikkan. Kini kita
               dilengkapi dengan Stadium Sains Sukan (UM Arena), yang menempatkan 5 buah makmal sains
               sukan dan dewan; serta trek larian bertaraf IAAF Kelas 2. Kita turut menawarkan perkhidmatan
               klinikal  di  bawah  payung  4S  (Sports  Science  Support  Services).  Gunakanlah  kemudahan-
               kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

               Saya menyaran semua pelajar agar berusahalah kearah kecemerlangan dan memartabatkan
               nama baik Universiti Malaya.  Dan kepada semua pelajar, hargailah masa dan peluang di PSSE
               untuk belajar dan membangunkan bakat yang sediada. Akhir kata, pelajar dan alumni PSSE
               adalah asset dan kebanggaan Universiti.

               Terima kasih.


               PROFESOR DR. ZULQARNAIN MOHAMED
               Pengarah
   1   2   3   4   5   6   7   8   9