Page 4 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 4

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018  4




               Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.





















                     Salam sejahtera,

                     Pusat  Sukan  menawarkan  ijazah  pertama  dalam  dalam  Pengurusan  Sains
                     Sukan  dan  Sains  Eksesais  dan  ijazah  pasca  siswazah  dalam  bidang  Sains
                     Sukan. Pusat Sukan Universiti Malaya memiliki kurikulum yang dinamik dan
                     berpegang pada motto “Cergas Cetus Cerdas”, menyediakan peluang kepada
                     pelajar-pelajar membangunkan minda dan menimba pengalaman membina
                     ke tahap global dalam konteks ilmu sukan, rekreasi dan kecergasan.

                     Pusat  Sukan  UM  dibarisi  pensyarah  dalam  dan  luar  negara,dan  hampir
                     kesemuanya  berkelayakan PhD. Setiap dari mereka mempunyai kepakaran
                     dan kemahiran tersendiri. Iimu pengajaran disampaikan dalam bentuk kuliah,
                     sesi praktikal, kerja lapangan dan penyelidikan. Selain daripada mengajar dan
                     membangunkan prestasi akademik pelajar, mereka turut menjalankan tugas-
                     tugas  pentadbiran,  melaksanakan kerja-kerja penyelidikan  dan  penerbitan,
                     serta menyumbang khidmat nasihat kepada masyarakat dalam bidang sukan,
                     rekreasi dan kecergasan. Pusat Sukan ialah tempat di mana teori sukan yang
                     dipelajari, akan dipraktikkan. Kini kita dilengkapi dengan Stadium Sains Sukan
                     (UM Arena), yang menempatkan 5 buah makmal sains sukan dan dewan; serta
                     trek larian bertaraf IAAF Kelas 2. Kita turut menawarkan perkhidmatan klinikal
                     di  bawah  payung  4S  (Sports  Science  Support  Services).  Gunakanlah
                     kemudahan-kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

                     Saya menyaran semua pelajar agar berusahalah kearah kecemerlangan dan
                     memartabatkan  nama  baik  Universiti  Malaya.    Dan  kepada  semua  pelajar,
                     hargailah  masa  dan  peluang  di  Pusat  Sukan  untuk  belajar  dan
                     membangunkan bakat yang sedia ada. Akhir kata, pelajar dan alumi Pusat
                     Sukan adalah asset dan kebanggaan Universiti.

                     Terima kasih.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9