Page 114 - Buku Panduan Program Sarjana Muda APIUM 20262027-reduce
P. 114

IIP2020 Literatur Pengajian Syariah / Literature of Shariah Studies

                Kredit / Credit                :  3
                Prasyarat Kursus / Course      :  Tiada / None
                Pre-requisite(s)
                Bahasa Pengantar / Medium      :  Bahasa Arab / Arabic Language
                of Instruction

                Hasil Pembelajaran Kursus / Learning Outcomes
                Pada akhir kursus ini, pelajar dapat: atau setelah menamatkan kursus ini, pelajar berupaya untuk:
                At the end of the course, students are able to:

                  1     Menjelaskan konsep literatur dalam pengajian Shariah secara komprehensif.
                        Describe the concept of literature in Shariah studies comprehensively.
                  2     Mengenal pasti khazanah literatur pengajian Shariah yang bersifat Turath berdasarkan
                        mazhab-mazhab Fiqh.
                        Identify the treasure of literatures in Shariah studies in the form of Turath treatises based on
                        schools of law.
                  3     Menghuraikan  sumber  rujukan  Shariah  semasa  dalam  bidang  pengkhususan  masing-
                        masing.
                        Explain  the  contemporary  references  of  Shariah  studies  in  different  fields  of  studies
                        respectively.
                  4     Menulis sorotan literatur bagi keperluan penyelidikan dan peningkatan ilmu dalam bidang
                        pengkhususannya berbantukan kecerdasan buatan.
                        Write an ai-assisted literature review to support research needs and enhance knowledge in
                        the area of specialization.

                Sinopsis Kandungan Kursus / Synopsis of Course Content

                Kursus ini menghuraikan konsep dan khazanah literatur dalam bidang pengajian Syariah serta sub
                bidangnya yang  merangkumi karya-karya turath dan kontemporari. Kursus ini  membincangkan
                sumber-sumber rujukan utama dalam pengajian Syariah, termasuk al-Quran, al-Hadis, literatur Fiqh,
                Usul al-Fiqh mengikut mazhab, serta karya-karya berkaitan Ulum al-Syariah. Di samping itu, kursus
                ini memberi penekanan  kepada pengenalpastian  dan penilaian sumber-sumber rujukan semasa
                mengikut  bidang  pengkhususan, serta pembangunan kemahiran menulis sorotan literatur bagi
                keperluan  penyelidikan  dan  peningkatan  ilmu  secara  beretika  dengan  memanfaatkan  aplikasi
                kecerdasan buatan sebagai alat sokongan akademik.

                This course describes the concepts and literary treasures in the field of  Sharia studies and its
                subfields  which  include  traditional  and  contemporary  works.  This  course  discusses  the  main
                reference sources  in Sharia studies,  including the  Quran,  Hadith, Fiqh literature, Usul al-Fiqh
                according to the school of thought, as well as works related to Ulum al-Syariah. In addition, this
                course emphasizes the identification and evaluation of current reference sources according to the
                field of specialization, as well as the development of skills in writing literature reviews for research
                needs and ethical knowledge enhancement by utilizing artificial intelligence  applications as an
                academic support tool.


                Kaedah Pentaksiran / Assessment Methods
                Pentaksiran Berterusan / Continuous    :  40%
                Assessment
                Peperiksaan Akhir / Final Examination    :  60%











                                                                                                               104
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119