Page 95 - Buku Panduan Program Sarjana Muda APIUM 20262027-reduce
P. 95
Kursus Teras Fakulti / Faculty Core Course
IIX1006 Al-Arabiyyah li al-Dirasat al-Islamiyyah I / Al-Arabiyyah li al-Dirasat al-Islamiyyah I
Kredit / Credit : 2
Prasyarat Kursus / Course : Tiada / None
Pre-requisite(s)
Bahasa Pengantar / Medium : Bahasa Arab / Arabic Language
of Instruction
Hasil Pembelajaran Kursus / Learning Outcomes
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat: atau setelah menamatkan kursus ini, pelajar berupaya untuk:
At the end of the course, students are able to:
1 Menghuraikan struktur utama morfologi dan sintaksis bahasa arab yang melibatkan hukum
asas marfuat, mansubat dan majrurat.
Describe the main structure of Arabic morphology and syntax involving the basics of al-
marfuat, al-mansubat and al-majrurat.
2 Membaca teks rujukan akademik yang merangkumi pelbagai bidang pengkhususan dalam
pengajian islam dengan bacaan yang betul berdasarkan tatabahasa yang dipelajari yang
melibatkan hukum asas marfuat, mansubat dan majrurat.
Read academic reference texts covering various areas of specialization in islamic studies
correctly based on the grammar learned involving the basics of al-marfuat, al-mansubat and
al-majrurat.
3 Membincangkan kandungan teks dan isu berkaitan yang melibatkan hukum asas marfuat,
mansubat dan majrurat secara lisan dan penulisan.
Discuss the textual content and related issues involving the basics of al-marfuat, al-mansubat
and al-majrurat verbally and in writing.
4 Menganalisis aspek tatabahasa dalam teks yang melibatkan hukum asas marfuat, mansubat
dan majrurat.
Analyze the grammatical aspects of a text involving the fundamental rules of the nominative
(marfūʿāt), accusative (manṣūbāt), and genitive (majrūrāt) cases.
Sinopsis Kandungan Kursus / Synopsis of Course Content
Kursus ini membincangkan struktur morfologi dan sintaksis Bahasa Arab yang kerap digunakan
terutamanya dalam teks dan perbualan Bahasa Arab. Oleh itu, tajuk-tajuk nahu disusun berdasarkan
kepada kepentingan dan penggunaannya. Dalam konteks ini, penekanan perbincangan diberikan
kepada aspek praktikal dan fungsional. Pada setiap tajuk, pelajar akan dilatih dan diuji kefahaman
mereka mengenainya melalui pembacaan teks dan penulisan. Mereka juga dilatih bertutur dalam
berbagai aktiviti.
This course discusses the structure of Arabic morphology and syntax frequently used mainly in Arabic
texts and conversations. The topics are organized based on their importance and use. In this context,
the emphasis of the discussion is on practical and functional aspects. In each topic, students will be
trained and tested on their understanding of it through reading and writing. They are also trained to
speak in various activities.
Kaedah Pentaksiran / Assessment Methods
Pentaksiran Berterusan / Continuous : 60%
Assessment
Peperiksaan Akhir / Final Examination : 40%
85

