Page 190 - VC Message
P. 190
Leading with Purpose
Messages of the Vice Chancellor SELECTED SPEECHES AND ADDRESSES
TEKS UCAPAN ALUAN Majlis Perasmian Wacana Pemikir
Noor Azuan Abu Osman Global 2024 “The Next 100 Years:
Vision 2100 for Malaysia”
Naib Canselor
Universiti Malaya
22 Januari 2024 Serta Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam Malaysia
Madani,
1. Alhamdulillah! Marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun
dalam Majlis Perasmian Wacana Pemikir Global 2024 yang bertemakan “The
Next 100 Years: Vision 2100 For Malaysia”.
2. Awal kalam, saya mewakili seluruh warga Universiti Malaya, ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaaan dan Terima Kasih kepada YAB Perdana Menteri
Malaysia, DS Anwar Ibrahim yang sudi menjejakkan kaki ke Alma Mater YAB DS.
Saya difahamkan ini merupakan Kunjungan YAB DS yang kedua sejak menggalas
tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia dan pertama sejak saya
menjadi NC di Universiti Malaya ini, ibarat Ikan berenang di dalam lubuk; Ikan
belida dadanya Panjang; Adat pinang pulang ke tampuk; Adat sirih pulang
ke gagang. Sesungguhnya kehadiran YAB DS memaknai satu aspirasi dan ittikad
yang mendalam kepada seluruh warga Universiti Malaya dalam meneruskan
182
tradisi kecemerlangan di bidang akademik mahupun bukan akademik.
3. Kalungan apresiasi juga dizahirkan buat YB Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk
Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir yang menyokong kuat agar Universiti Malaya
merancakkan Wacana Pemikir Global 2024 ini. Besarlah harapan kami agar
wacana ini akan memberi dampak seperti yang dicitrakan.
4. Thank you Sirs.
Para hadirin dan hadirat yang dihormati,
5. Kita telah saksikan pelbagai peristiwa berlaku satu abad yang lalu. Tidak perlu
untuk saya detailkan kerana kebanyakan kita merupakan saksi mata kepada
peristiwa dan perubahan tersebut.
6. Aspek ilmu dan pembelajaran juga telah menyaksikan pelbagai evolusi dan
transformasi yang telah banyak merubah lanskap pendidikan dunia dan negara.
7. Impak perubahan iklim, energi dan sumbernya, cabaran getir ancaman geopolitik
dan ekonomi serta keselamatan serantau dan dunia, dan cabaran demografi dan
pegangan prinsip dan ideologi masa depan semuanya akan menguji daya tahan
sesebuah negara dan tamadun.
Para hadirin dan hadirat yang dihormati,
8. Wacana Pemikir Global 2024 ini diwujudkan untuk membentuk formasi yang
mampu merencana masa depan sekaligus dijadikan sebagai panduan intelektual
yang utuh, berdaya dalam mencorak imaginasi yang relevan, dan strategik bagi
mendepani masa hadapan sekaligus memberi kelebihan dan pulangan kepada
negara.
9. Tema yang dipilih iaitu rangka kerja meliputi 1 kurun atau 1 abad kedepan menjadi
medan kritikal untuk kita mencabar dan menorobos pemikiran dan cara kerja kita

