Page 7 - Jabatan BM
P. 7

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
                 PEO1     Graduan memperoleh pekerjaan dalam industri bahasa.

                 PEO2     Graduan memperoleh kedudukan penjawatan tinggi dalam industri bahasa.

                 PEO3     Graduan yang berupaya menjadi pemimpin organisasi dalam sektor awam, swasta atau badan bukan kerajaan
                          yang berkaitan dengan industri bahasa.




                                     HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME OUTCOME)

               PLO1           Menguasai  pengetahuan  dalam  bidang  bahasa  Melayu  dan  keupayaan  menguruskan  maklumat  yang
                              berkaitan bagi memenuhi keperluan industri bahasa.
               PLO2           Menggunakan kemahiran intelektual berdasarkan pengetahuan dalam kajian korpus bahasa Melayu bagi
                              membuat keputusan dan menyelesaikan masalah pengurusan bahasa untuk melaksanakan projek dalam
                              industri bahasa.
               PLO3           Mengaplikasi  kemahiran  perancangan  dan  pengurusan  bahasa,  perundingan  bagi  mencapai  kehendak
                              pelanggan dan pihak berkepentingan dalam industri bahasa.
               PLO4           Menggunakan  kemahiran  komunikasi  interpersonal  dan  komunikasi  berkesan  dalam  pelbagai  bidang,
                              khalayak, situasi, budaya, organisasi dan rangkaian hubungan untuk melaksanakan tugas ikhtisas harian di
                              samping menyumbang tenaga ke arah pembangunan industri bahasa secara cekap dan berkesan.
               PLO5           Menerapkan pengetahuan penggunaan teknologi maklumat (ICT) serta memiliki dan mampu menyelesaikan
                              masalah  kritikal  dalam  menjalankan  penyelidikan,  pengurusan  dan  perancangan  bahasa  yang  berkaitan
                              dengan industri bahasa.
               PLO6           Mempamerkan  keupayaan  perancangan  dan  pengurusan  bahasa  yang  berkesan  melalui  kemahiran
                              memimpin dan bekerja sebagai satu pasukan dalam kalangan pengamal industri bahasa.
               PLO7           Mempamerkan  kemahiran  perancangan  dan  pengurusan  keusahawanan  yang  bersesuaian  dalam
                              persediaan kerjaya, mencipta peluang pekerjaan dan keupayaan survival dalam pelbagai persekitaran kerja.
               PLO8           Mengamalkan nilai beretika, profesionalisme dan tanggungjawab sosial dalam menangani permasalahan,
                              pentadbiran dan pengurusan industri bahasa sebagai pengurus profesional.









































                                                            6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12