Page 14 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 14
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PROGRAM DISKUSI ILMIAH SENI SUREALISME
DI PERPUSTAKAAN PENGAJIAN MELAYU, APM
28 Mei 2025 - Perpustakaan Pengajian Melayu (PPM) telah
menganjurkan satu sesi diskusi bertajuk "Berkenalan dengan Seni
Surealisme", yang telah disampaikan oleh Encik Muhd Fawwaz
Abdul Aziz, calon ijazah doktor falsafah dari Akademi Pengajian
Melayu. Diskusi ini membuka ruang perbincangan tentang latar
belakang, prinsip dan pengaruh seni surealisme dalam kerangka
pemikiran serta ekspresi budaya. Program mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada warga kampus, dan berjaya mencetuskan
minat serta kesedaran tentang kepelbagaian tafsiran seni dalam
dunia akademik.
14

