Page 60 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 60
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PAMERAN BUKU BERTEMAKAN KEKAYAAN
WARISAN KEILMUAN MELAYU-ISLAM
DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Sempena Seminar Antarabangsa Penghayatan Ilmu Al-Quran:
Perspektif Pendidikan Melayu-Islam, Perpustakaan Pengajian
Melayu (PPM) telah menganjurkan pameran bertema “Melayu dan
Islam”, yang memaparkan khazanah ilmu, naskhah, manuskrip dan
bahan ilmiah berkaitan hubungan erat antara tamadun Melayu dan
ajaran Islam. Pameran ini bertujuan menonjolkan kekayaan warisan
keilmuan Melayu-Islam serta menyokong usaha penghayatan ilmu
al-Quran dalam kerangka pendidikan dan budaya Melayu.
60

