Page 69 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 69
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
Kursus Kemahiran Jangka Pendek
(KKJP) Seni Tangan Setanjak Kemas
Parlimen Jasin Tahun 2025
Majlis ini diadakan pada 21 dan 22 Mei 2025 (Rabu dan Kkhamis)
bertempat di Balai Raya Merlimau Timur. Majlis ini menjemput
PERNILAM – Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu dan Dr.
Johan Iskandar Bin Abdul Karim yang mewakili tenaga pengajar dari
Akademi Seni Tradisional Warisan dan Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya. Antara yang diajar dalam kurus ini ialah cara
pembuatan tanjak, tengkolok, getam, tengkolok perempuan dan
ikatan samping. Tujuan utama bengkel ini ialah menjadikan warisan
Melayu sebagai industri supaya dapat memastikan warisan Melayu
tidak pupus dan digantikan dengan rekaan baru.
69

