Page 115 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 115
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PERTANDINGAN NADA ILHAM 2025
(MAKUM)
Tahniah wakil APM di Nada Ilham 2025 (MAKUM)!
Pada 8 Oktober 2025, Saudara Taqiuddin Arami dari Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya, menganggotai kumpulan
CG Malaya, telah mewakili Universiti Malaya ke Pertandingan
Nada Ilham 2025 (MAKUM) yang berlangsung di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sdr Taqiuddin sebagai penyanyi
utama kumpulan nasyid UM. Pertandingan Nada Ilham 2025
(MAKUM) merupakan pertandingan nasyid antara IPTA
seluruh Malaysia dengan penyertaan tujuh buah
universiti.Kumpulan CG Malaya turut berjaya meraih dua
Anugerah Khas Kostum Terbaik dan Vokal Terbaik
(Kumpulan), serta dinobatkan sebagai pemenang tempat
ketiga keseluruhan. Syabas dan tahniah diucapkan atas
kejayaan yang membanggakan ini.
115

