Page 89 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 89
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN DAN
PENGAJIAN MELAYU 2025 (SAKPM2025)
Seminar Antarabangsa Kesusasteraan dan Pengajian Melayu 2025
(SAKPM2025) telah berjaya dianjurkan pada 14 Oktober 2025
bertempat di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Seminar ini merupakan anjuran Program Kesusasteraan Melayu,
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dengan kerjasama
Program Studi (Prodi) Sastra Indonesia, Fakultas Ilmu Budaya,
Universitas Sebelas Maret, Indonesia. Bertemakan “Pengajian
Melayu-Indonesia dalam Dunia Kontemporari: Menyusur Warisan,
Meneroka Cabaran dan Membina Masa Depan”, seminar ini
menjadi wadah ilmiah yang menghimpunkan para sarjana,
penyelidik dan pelajar dari Malaysia serta Indonesia untuk
berkongsi hasil penyelidikan dalam bidang kesusasteraan dan
pengajian Melayu.
Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh
Dekan Akademi Pengajian Melayu, Profesor Madya Dr. Sabzali
Musa Kahn, diikuti oleh Dekan Fakultas Ilmu Budaya, Universitas
Sebelas Maret, Surakarta Indonesia Dr. Dwi Susanto, S. S., M.
HUM. yang turut menyampaikan penghargaan atas hubungan
akademik erat antara kedua-dua institusi. Seminar ini turut
menampilkan pembentangan kertas kerja dan pembentangan
poster yang memperlihatkan pelbagai pendekatan serta isu dalam
konteks kesusasteraan dan pengajian Melayu kontemporari.
Penganjuran ini berjaya memperkukuh jaringan kerjasama
akademik antara Malaysia dan Indonesia, sekali gus memperkasa
bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu di peringkat serantau
dan antarabangsa.
89

