Page 30 - Buku Panduan Kumpulan KIK UM
P. 30
CADANGAN KAEDAH PENYELESAIAN
Contoh:
Mengkaji tahap keberkesanan projek lalu dan mendapatkan idea-idea inovatif
untuk membangunkan satu sistem bersepadu yang boleh meningkatkan
kecekapan dan melancarkan pengurusan pengambilan dan pemulangan
pakaian akademik serta pemberian skrol graduan.
KOS ANGGARAN PROJEK
Contoh:
1. Analisis sistem sedia ada : RM 300.00
2. Pembangunan sistem dalam talian : RM 500.00
Jumlah besar : RM 800.00
JANGKAAN FAEDAH YANG BOLEH DIPEROLEH DARIPADA PROJEK INI
Contoh:
(a) Graduan tidak perlu berebut-rebut untuk memilih pakaian akademik
pada hari pengambilan pakaian
(b) Graduan boleh mendapatkan skrol di Seksyen Peperiksaan tanpa
perlu mengesahkan pemulangan pakaian akademik di Bahagian
Pentadbiran & Kewangan
(c) Satu sistem bersepadu dapat dibangunkan dengan kerjasama
Bendahari, Seksyen Peperiksaan dan Bahagian Pentadbiran &
Kewangan
(d) Meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan UM
(e) Meningkatkan imej Universiti Malaya.
30 / 30