Page 135 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 135

5.  Ishfaq Ahmad (2004), Research and development culture in the Islamic
                             World:  past  and  present  problems  and  future  directions,  in  New
                             knowledge: research and development in the Muslim World, IKIM, -  Q180
                             I74NEW

                     Kemahiran Insaniah:

                         1.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
                         2.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL3
                         3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM3

                    TERAS PROGRAM [12 KREDIT]
                    IOE7001  Siasah Syar’iyyah Lanjutan

                    Kursus  ini  merupakan  kursus  lanjutan  dalam  bidang  Syar`iyyah  Syariah.  Ia
                    membincangkan secara lebih mendalam mengenai  siasah syar‘iyyah dan beberapa
                    permasalahan  yang  berkaitan  dengannya.  Ia  merangkumi  perbincangan  tentang
                    definisi,  prinsip,  matlamat,  kepentingan,    dalil-dalil  dan  contoh  amalan  siasah
                    syar‘iyyah. Kaedah ijtihad dan kaedah-kaedah fiqh yang ada hubungkaitnya dengan
                    siasah  syar‘iyyah  turut  dibincangkan.  Kursus  ini  juga  akan  mengkaji  beberapa
                    pandangan  ulama  silam  dan  ulama  kontemporari  mengenai  siasah  syar‘iyyah,
                    termasuk juga isu-isu semasa yang berkaitan dengan politik dan kenegaraan.

                    Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan: 50%
                                                       Peperiksaan: 50%

                    Bahasa Pengantar   : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

                    Hasil Pembelajaran:

                    Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

                        1.  Menganalisis  konsep  dan  metodologi  siasah  syar'iyyah  berasaskan
                            sumber  hukum dan pandangan ulama. [C4]
                        2.  Membandingkan antara kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam siasah
                            syar'iyyah. [C5]
                        3.  Menilai isu-isu hukum semasa yang berkaitan dengan siasah syar'iyyah.
                            [C6, A3]

                    Rujukan Utama:

                        1.  Rabasa, A. (2014). Political Islam in Southeast Asia: Moderates, Radical
                            and Terrorists. Routledge.
                        2.  Black, A. (2011). The history of Islamic political thought: from the Prophet
                            to the present. Edinburgh University Press.

                                                                                           135
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140