Page 105 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 105
1. Mengendalikan teleskop optik bermotor dalam cerapan astronomi
2. Mengendalikan kamera DSLR, Video CCD dan kamera CCD khususnya fungsi teknikal
dan fotografi untuk pengimejan bulan, planet dan matahari
3. Mengendalikan alat teodolite / kompas / kompas ushikata dalam penentuan arah kiblat
4. Menggunakan carta bintang / planesphere sebagai alternatif perisian TheSky dan
peranti Sky Quality Meter (SQM) bagi pengukuran kecerahan langit malam
Rujukan
1. Digital astrophotography: The State of the Art, Ratledge David, (2005), Springer.
2. The amateur astronomer and his telescope, Roth, Gunter Dietmar, (1963), London:
Faber.
3. Astronomical photography at the telescope, Rackham, Thomas W, (1959), London,
Faber and Faber.
4. N. Z. Scoville et al. 2001 The Astronomical Journal 122. High-Mass, OB Star Formation
in M51: Hubble Space Telescope Hα and Paα Imaging.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
SIF3009 KONSEP PERHITUNGAN ARAH KIBLAT & WAKTU SOLAT (BM)
Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada konsep trigonometri untuk menentukan arah
kiblat bukan sahaja di Malaysia tetapi bagi seluruh dunia. Seterusnya pelajar didedahkan
bagaimana hendak menghitung waktu-waktu masuk dan akhir solat Subuh, Dzuhur, Asar,
Maghrib dan Isya.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti bagaimana arah kiblat dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah
trigonometri
2. Menghitung waktu solat berdasarkan kedudukan matahari di meridian tempatan.
3. Menghitung arah kiblat berdasarkan lokaliti pencerap
Rujukan
1. Kaedah Panduan Falak Syarie, JAKIM.
2. A Modern Guide to Astronomical Calculations of Islamic calendar, times & qibla,
Mohammad Ilyas (1984), Berita Publishing.
3. Laman web rasmi JAKIM ; http://www.islam.gov.my/
4. Laman web rasmi JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan ) ;
http://spak.jusl.gov.my/Contact.aspx
5. Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2012) Koleksi kertas Kerja dan Artikel
Falak. Kuala Lumpur : Pejabat mufti Wilayah Persekutuan.
6. Nafis, Aini (2012) Studi Analisis Konsep Menghadap Kiblat menurut KH. Ahmad Rifa’i
dalam Kitab Absyar. Undergraduate (S1) thesis, IAIN Walisongo.
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
2. Kerja Berpasukan
3. Etika dan Moral Profesional
SIF3010 PROJEK ASTRONOMI (BM)
Pelajar menentukan sendiri masalah kajian, membentuk objektif kajian, menjalankan cerapan
dan ujikaji makmal untuk mengumpulkan data, menganalisis data dan mempersembahkannya
dalam bentuk laporan dan pembentangan.
105