Page 108 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 108
Matlamat Program
Untuk memajukan bidang pengajian Usuluddin khususnya Al-Quran dan Al-Hadith berasaskan tradisi keilmuan
Islam dan Kedah moden yang saintifik melalui pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.
Objektif
1 Melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan Islam dari sudut teori dan amali berdasarkan doktrin ahli
Sunnah wa al-Jamaah.
2 Melahirkan pelajar yang beriltizam dengan nilai moral dan etika Islam.
3 Melengkapkan pelajar dengan kekompetenan yang releven seiring dengan keperluan kontemporari dan
arus globalisasi.
Hasil Pembelajaran Program
Pada akhir program, graduan dapat:
PO1 Menguasai asas dan prinsip ilmu pengetahuan yang berkaitan denganbidang Usuluddin (Al-Quran
dan Al-Hadith).
PO2 Mengaplikasi kemahiran bidang Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith) dalam penyelidikan dan kerjaya
yang selari dengan keperluan pasaran.
PO3 Menganalisis ayat-ayat al-Quran dan Hadith berasaskan metode yang berautoriti dalam menangani
isu-isu semasa dalam bidang Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith).
PO4 Mengamalkan nilai-nilai profesionalisme dan tanggungjawab para ilmuan dalam Usuluddin (Al-
Quran dan Al-Hadith).
PO5 Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam bidang Usuluddin (Al-Quran dan
Al-Hadith) melalui kerja kursus, latihan ilmiah dan latihan industri yang ditawarkan di jabatan.
PO6 Menyelesaikan permasalahan berkaitan isu-isu kontemporari berasaskan pengajian dalam bidang
Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith).
PO7 Kemahiran pengurusan maklumat dalam meneruskan keperluan pembelajaran dalam bidang
Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith) sepanjang hayat.
PO8 Menghasilkan harta intelek berkaitan bidang Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith) melalui
pengurusan disiplin pengajian ilmu-ilmu berkaitan.
108