Page 165 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 165
Matlamat Program
Untuk memajukan bidang pengajian Usuluddin khususnya Dakwah dan Pembangunan Insan berasaskan tradisi
keilmuan Islam dan kaedah moden yang saintifik melalui pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.
Objektif:
1. Melengkapkan pelajar dengan ilmu Usuluddin dengan pengkhususan Dakwah dan Pembangunan Insan
dari sudut teori dan amali berdasarkan doktrin ahli Sunnah wa al-Jamaah.
2. Melahirkan pelajar yang beriltizam dengan nilai moral dan etika Islam.
3. Melengkapkan pelajar dengan kekompetenan yang releven seiring dengan keperluan kontemporari dan
arus globalisasi.
Hasil Pembelajaran Program
Pada akhir program, graduat dapat;
PO1 Menguasai ilmu yang mencukupi dalam bidang usuluddin dengan pengkhususan dakwah dan
pembangunan insan bagi memenuhi keperluan masyarakat masa kini.
PO2 Menggunakan kemahiran merancang dan melaksanakan program membangun dan mengislahkan
masyarakat.
PO3 Memberi khidmat yang sesuai kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan
dakwah dan pembangunan insan.
PO4 Mengamalkan sahsiah mulia, moral, tingkahlaku, jati diri, nilai kerohanian, akauntabiliti serta penjanaan
modal insan yang profesional dan mampu menjadi role model kepada masyarakat.
PO5 Berkomunikasi secara intelektual bagi melaksanakan tugas kepimpinan dan kerja berpasukan dalam
bidang usuluddin pengkhususan dakwah dan pembangunan insan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
PO6 Menggunakan kemahiran perundingan dan kepakaran dalam bidang usuluddin dengan pengkhususan
dakwah dan pembangunan insan berorientasikan penyelidikan yang bermutu tinggi bagi tujuan
peningkatan ilmu dan pembangunan masyarakat.
PO7 Menggunakan kemahiran pengurusan ilmu dan maklumat bagi menambah pengetahuan dan kemahiran
dalam keperluan profesion semasa dan berkeupayaan untuk pembelajaran sepanjang hayat.
PO8 Menggunakan kemahiran usahawan da’i yang mampu menjana ekonomi ummah di samping
berkebolehan mengurus tugas-tugas dakwah dan pembangunan insan.
165