Page 196 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 196

2.    Gerald Keller (2014), Statistics for Management and Economics, 10th Ed.,
                                        Cengage Learning.
                                  3.    Faizah Omar, Lau Too Kya, Phang Yook Ngor & Zainudin Awang (2011), Statistics,
                                        2nd Ed., Oxford Fajar.

                                  Kemahiran Insaniah
                                  1.    Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
                                  2.    Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
                                  3.    Etika dan Moral Profesional

                  IIE2001       Asas Perakaunan (BM/BI)
                                Kursus ini akan memfokuskan kepada asas-asas perakaunan yang meliputi prinsip dan cara
                                merekod urus niaga melalui sistem perakaunan bergu. Kursus ini juga mendedahkan pelajar
                                kepada penyata-penyata kewangan dan menunjukkan bagaimana proses penyediaannya.
                                Selain itu,  kaedah penyediaan  penyata kewangan  bagi perniagaan perkhidmatan,
                                pembarangan, perkilangan, milikan tunggal, syarikat dan organisasi yang tidak bermotifkan
                                keuntungan turut dibincangkan.

                                Hasil Pembelajaran
                                Pada akhir kursus, pelajar dapat:
                                  1.    Menjelaskan konsep-konsep asas dalam perakaunan.
                                  2.    Merekodkan akaun-akaun yang tepat dalam persamaan perakaunan.
                                  3.    Menyediakan penyata kewangan asas secara lengkap bagi  perniagaan
                                        pembarangan dan servis meliputi perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat.
                                  4.    Menentukan tahap kekukuhan  sesebuah  syarikat melalui analisis penyata
                                        kewangan.

                                Rujukan
                                  1.    Horngren, Charles; Harrison, Walter T. & Oliver, Suzanne (2012), Accounting:
                                        Global Edition, 9th edition. New York: Pearson Education.
                                  2.    Wild, John J. et al. (2013), Principles of Financial Accounting. New York: McGraw-
                                        Hill.
                                  3.    Drury, Colin (2012), Management and Cost Accounting (8th ed.). Hampshire, UK:
                                        South-Western Cengage Learning.

                                Kemahiran Insaniah
                                  4.    Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
                                  5.    Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
                                  6.    Etika dan Moral Profesional:

                  IIE2002       Pengurusan Pemasaran Islam (BM/BI)
                                Kursus ini membincangkan antara lain, konsep-konsep asas pemasaran di samping aspek-
                                aspek berkaitan aktiviti pemasaran seperti pengurusan produk, peletakan harga, pengagihan
                                dan  promosi. Setiap aspek  tersebut juga disentuh  berlandaskan perspektif Islam.
                                Perbincangan mengenainya disentuh melalui kedua-dua perspektif agar pelajar dapat mencari
                                jalan terbaik bagaimana  untuk memasarkan produk dengan lebih baik dan mengelakkan
                                sebarang masalah yang bertentangan dengan kehendak Islam.

                                Hasil Pembelajaran
                                Pada akhir kursus, pelajar dapat:
                                  1.    Mendefinisikan teori-teori dan konsep-konsep asas pemasaran menurut perspektif
                                        Islam.
                                  2.    Menjelaskan komponen campuran pemasaran  yang mengcakupi empat
                                        komponen utama iaitu produk, harga, lokasi dan promosi.
                                  3.    Melaksanakan campuran pemasaran dalam situasi sebenar perniagaan.
                                  4.    Membandingkan teori dan konsep pemasaran daripada perspektif konvensional
                                        dan Islam.


                                                      196
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201