Page 219 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 219
Matlamat Program
Visi
Untuk melahirkan siswazah yang berkemampuan dalam bidang perundangan Islam yang dapat menguasai bidang
ilmu Syariah dari sumbernya yang asal serta profesionalis dalam bidang kehakiman Syariah di Malaysia.
Misi
Untuk memenuhi keperluan negara, industri dan masyarakat Islam kepada tenaga mahir dan profesional dalam
bidang perundangan Islam moden dalam bidang perundangan/kehakiman Islam, badan-badan kewangan Islam
dan perunding serta penasihat kekeluargaan dan kehartaan orang-orang Islam.
Objektif
Untuk menghasilkan graduan yang dapat mememenuhi keperluan kepakaran dalam bidang perundangan Islam
yang semakin mencabar yang memerlukan siswazah yang mempunyai kebolehan dalam bidang perundangan Islam
dan perkembangan semasa yang mampu memberi penyelesaian kepada dilema semasa negara dan umat Islam di
Malaysia serta global melalui aktiviti penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti.
Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, graduan dapat:
Hasil Pembelajaran PO Kategori
Taksonomi
1. Menguasai konsep-konsep perundangan Islam yang berkaitan dengan PO1 K
Mahkamah Syariah, amalan guaman syarie, industri kewangan dan
kehartaan orang-orang Islam, perundingan dan khidmat nasihat
kekeluargaan Islam dan perundangan Islam
2. Mengaplikasikan kemahiran yang tinggi lagi profesional dalam bidang PO2 P
perundangan Islam moden seperti yang diamalkan di Malaysia dan
mampu bersaing di peringkat global
3. Menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang perundangan PO3 A
Islam yang mampu menyelesaikan permasalahan semasa demi
mewujudkan kesejahteraan hidup mereka
4. Mengamalkan nilai beretika dan profesionalisme sebagai graduan yang PO4 A
menerima latihan perundangan dan guaman Islam
5. Berkebolehan mengemukakan hujah dan pandangan dalam perundingan PO5 A
di antara pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain sama ada secara
perseorangan atau berkumpulan dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan
yang baik dalam pengendalian kes
6. Mampu menilai, memeriksa dan menggunakan kaedah penyelesaian PO6 K
masalah dan kaedah saintifik yang berkaitan dengan bidang perundangan
Islam dalam pelbagai situasi
7. Mahir dalam pengurusan maklumat dan berkemampuan untuk PO7 A
pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang-bidang perundangan Islam
yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, amalan guaman syarie,
industri kewangan dan kehartaan orang-orang Islam, perundingan dan
khidmat nasihat kekeluargaan Islam dan perundangan Islam
8. Mempraktikkan kemahiran pengurusan firma dan pengendalian kes PO8 A
219