Page 216 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 216
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
IIE4009 Pengurusan Halal di Malaysia dan Isu Semasa (BM/BI)
Kursus ini memberi tumpuan kepada pengurusan halal di Malaysia yang meliputi konsep,
sumber, sejarah, amalan dan prosedur pensijilan halal. Kursus ini akan membincangkan isu-
isu semasa yang berkaitan dengan pengurusan halal termasuklah badan penguatkuasaan dan
pengawalseliaan halal serta isu-su penggunaan bahan haram dalam produk-produk gunaan
umat Islam.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Mengaplikasi prinsip-prinsip syariah dalam pengurusan halal
2. Menghubungkaitkan ayat-ayat al-Quran, Hadis dan kaedah-kaedah perundangan
Islam dalam konteks pengurusan halal
3. Menilai amalan pengurusan halal sedia ada dan isu-isu berbangkit
4. Membandingkan pandangan sarjana berhubung isu-isu produk halal semasa serta
cadangan penyelesaiannya
Rujukan
1. al-Qaradawi, Yusuf (t.t.), al-Halal wa al-Haram. Kaherah: Maktabah Wahbah.
2. Wahbah al-Zuhayli (2010). al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Dimashq: Dar al-Fikr
3. Suhaimi Ab Rahman et al. (2011), Pengurusan Produk Halal di Malaysia, Serdang:
Penerbit UPM.
4. Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia (2012), bil. 1-3. Putrajaya: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia.
5. Russly Abd Rahman et al. (2014),Isu Halal Kontemporari, Serdang: Penerbit UPM.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Kemahiran Keusahawanan
IIE4010 Metodologi Penyelidikan Pengurusan Muamalat (BM/BI)
Kursus ini membincangkan pengenalan kepada penyelidikan, kaedah-kaedah penyelidikan
dan etika penyelidikan yang perlu diikuti oleh penyelidik. Turut difokuskan tasawur Islam
tentang penyelidikan, kaedah pengumpulan dan analisis data kualitatif dan kuantitatif.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menghuraikan proses dan etika dalam menjalankan sesuatu penyelidikan untuk
pengurusan muamalat.
2. Membezakan antara penggunaan metode kualitatif dengan metode kuantitatif dan
kegunaannya dalam melakukan penyelidikan.
3. Menilai kualiti proposal penyelidikan untuk kertas projek berkaitan kewangan dan
pengurusan Islam.
Rujukan
1. Neuman, W. (2012), Basics of Social Research: Qualitative and quantitative
Approaches. Boston: Pearson
2. Coakes, S.J. and Ong, C. (2011), SPSS: Analysis Without Anguish. Sydney: Wiley.
3. Zikmund, W., et al (2013), Business Research Methods, 9th edition. Mason: South-
Western/Cengage Learning.
4. Creswell, J.W. (2007), Qualitative Inquiry & Research Design: Choosing Among
Five Approaches (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.
5. Ahmad Sunawari Long (2005), Pengenalan Metodologi Pengajian Islam, Bangi:
Fakulti Pengajian Islam UKM.
216