Page 211 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 211
kuasa mahkamah dan muamalah Islam dan isu-isu yang timbul di dalam kes-kes di
mahkamah, dan sebagainya.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menjelaskan undang-undang dan peraturan yang terpakai di dalam sistem
kewangan Islam di Malaysia.
2. Mengaplikasikan prinsip-prinsip syariah dalam produk-produk kewangan dan
perbankan Islam dan takaful.
3. Mengilustrasikan proses kelulusan produk perbankan Islam dan bidang kuasa
Mahkamah berhubung kewangan Islam.
4. Menganalisis kes-kes perundangan berkaitan perbankan dan kewangan Islam.
Rujukan
1. Nik Norzrul Thani et al. (2010), Law and Practice of Islamic Banking and Finance,
Petaling Jaya: Sweet and Maxwell Asia.
2. Asyraf Wajdi et.al (eds) (2012), Islamic Financial System: Principles and
Operations. ISRA: Kuala Lumpur.
3. Karim Ginena, Azhar Hamid (2015), Foundations of Shari‘ah Governance of
Islamic Banks. Wiley: West Sussex.
4. Kamali, Mohammad Hashim (2000), Islamic law in Malaysia: issues and
developments. Ilmiah Publishers: Petaling Jaya.
5. Abdul Karim Aldohni (2011) The Legal and Regulatory Aspects of Islamic Banking:
A comparative look at the United Kingdom and Malaysia. New York: Routlegd.
6. Rodney Wilson (2012), Legal, Regulatory and Governance Issues in Islamic
Finance. Edinburgh: Edinburgh University Press.
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Etika dan Moral Profesional
IIE4001 Pasaran Derivatif Islam (BM/BI)
Kursus ini akan memfokuskan kepada empat jenis pasaran derivatif iaitu pasaran hadapan
(forward), pasaran niaga hadapan (futures), opsyen dan juga swap. Setiap satu jenis pasaran
akan dikaji dari sudut ciri-ciri, kegunaan, peserta, pengiraan harga (pricing), strategi pelaburan
dan perkembangannya di pasaran dunia dan tempatan. Pandangan Islam mengenai pasaran
ini akan turut dikaji berdasarkan teori-teori klasik dan kontemporari.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menjelaskan mekanisme dan instrumen pasaran derivatif dalam sistem kewangan
Islam.
2. Mengilustrasi kaedah pengurusan risiko dan pelaburan berasaskan instrumen
dalam pasaran derivatif.
3. Menghubungkait konsep dan instrumen pasaran derivatif secara Islam dengan isu-
isu di Malaysia.
4. Menilai strategi-strategi pelaburan dalam pasaran derivatif mengikut pandangan
Syariah.
Rujukan
1. Obiyathulla I. Bacha, Abbas Mirakhor (2013), Islamic Capital Market A
Comparative Approach, Singapore : John Wiley & Sons.
2. Noureddine Krichene (2013), Islamic Capital Markets Theory and Practice,
Singapore : John Wiley & Sons.
3. Syed Alwi Mohamed Sultan and Aznan Hasan (2012). A Mini Guide to Islamic
Derivatives, A Primer to Islamic FX Forwards, Profit Rate Swaps and Options,
Kuala Lumpur : CERT Publications Sdn. Bhd.
211