Page 54 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 54
pertumbuhan ekonomi perbandingan, Imbangan pembayaran dan perdagangan
Antarabangsa
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan objektif dan konsep keseimbangan pendapatan negara dari perspektif
ekonomi Islam dan konvensional. [C2, P2, A2]
2. Menjelaskan hubungan antara penggunaan, pelaburan, tabungan dan pendapatan dari
perspektif ekonomi Islam dan konvensional. [C2, P2, A2]
3. Menganalisis isu-isu dan dasar-dasar utama makro ekonomi serta mengemukakan
kaedah menanganinya menurut perspektif ekonomi Islam. [C4, P3, A3]
Rujukan
1. Case, KE, Fair, RC & Oster SM (2014), Principles of macroeconomics, 11th edn,
Pearson Education Limited, Harlow.
2. McEachern, WA (2014), Economics: A contemporary introduction, 10th edn, Cengage
Learning, Stamford.
3. McConnell, CR, Brue, SL & Flynn, SM (2012), Economics: Principles, problems and
policies, 19th edn, McGraw-Hill/Irwin
4. Al-Maududi, Syed A.A (1984), Economic System of Islam. Lahore: Islamic Publication
Ltd.
5. Akram Khan, Muhammad (1983), Issues in Islamic Economics. Lahore: Islamic
Publications Ltd.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS4
2. Kerja Berpasukan: TS1-TS3
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
IIP2007 PRINSIP SYARIAH DALAM PERBANKAN ISLAM
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teori sistem
perbankan Islam yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Syariah dan amalannya di Malaysia.
Antara tajuk-tajuk yang akan dianalisis dalam kursus ini ialah: Prinsip-prinsip falsafah ekonomi
Bank Islam, prinsip-prinsip dan bentuk-bentuk akad muamalat yang berkaitan dengan
perbankan Islam, sejarah perkembangan perbankan Islam, teori penubuhan bank Islam,
operasi perbankan Islam; mobilisasi deposit, pembiayaan dan pelaburan, system perbankan
Islam di Malaysia, sistem perbankan Islam di beberapa buah negara lain dan isu-isu semasa
perbankan Islam
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan perkembangan amalan perbankan Islam di zaman awal Islam hingga ke
zaman moden. [C2, P1, A1]
2. Menyenaraikan prinsip-prinsip falsafah ekonomi bank Islam yang berbeza dengan
prinsip-prinsip perbankan konvensional. [C2, P1, A1]
3. Menghuraikan prinsip-prinsip Syariah dalam perbankan Islam seperti yang dibahaskan
oleh para Ulama dan sarjana berkenaan. [C2, P2, A2]
4. Menganalisis operasi perbankan islam dalam penerimaan deposit, pembiayaan,
pelaburan dan lain-lain perkhidmatan dalam amalan perbankan Islam di Malaysia dan
negara-negara lain. [C4, P2, A3]
5. Menganalisis isu-isu semasa dalam amalan perbankan Islam di Malaysia dan
penyelesaiannya menurut Muamalat Islam [C4, P2, A3]
54