Page 58 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 58
IIF2004 TRANSAKSI DALAM EKONOMI ISLAM
Kursus ini membincangkan teori transaksi dalam ekonomi Islam, teori harta dan pemilikan,
pembentukan akad, khiyar, larangan-larangan dalam transaksi Islam seperti riba gharar dan
maysir; transaksi dalam pembiayaan hutang, transaksi dalam pembiayaan ekuiti, transaksi
dalam mobilisasi dana, transaksi dalam pelaburan memperolehi harta, modal pusingan dan
perkhidmatan, transaksi dalam pembiayaan perdagangan, transaksi dalam pasaran wang
antara bank, jual beli matawang, transaksi dalam pasaran modal dan lain-lain.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan transaksi-transaksi dalam muamalat Islam. [C2, P2, A2]
2. Menghuraikan akad-akad dalam transaksi muamalat di Malaysia. [C2, P2, A2]
3. Menganalisis isu-isu semasa transaksi Islam dalam amalan ekonomi dan kewangan
Islam [C4, P2, A3]
Rujukan
1. A.M. Hafizi, et al (eds.) (2012), Pasaran wang dan Modal: Perspektif Malaysia,Bangi :
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam.
2. Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad (2011), Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem
Kewangan Islam, Selangor: UITM
3. Noor Sa’adah Sabudin, et al (eds.) (2009), Perbankan dan Pasaran Modal Islam, Sintok:
Universiti Utara Malaysia.
4. Abdullah Alwi Hasan, et al (eds.) (2005), Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem
Ekonomi Islam di Malaysia, KL: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd..
5. Suruhanjaya Sekuriti (2006), Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti,
KL: Suruhanjaya Sekuriti.
6. Bank Negara Malaysia (2007), Shariah Resolutions in Islamic Finance, KL: Bank Negara
Malaysia.
7. John K. M. Kuwornu (2011), “Macroeconomic Variables and Stock Market Returns: Full
Information Maximum Likelihood Estimation”, Research Journal of Finance and
Accounting, Jil. 2 Bil. 4, h. 49-63.
8. Yasaar Limited (2014), http://www.ftse.com/products/home
9. Abdus Samad (2014), Commercial Bank Non-Interest Fee Charges: Are Fee Charges
Different Between Islamic Banks And Conventional Banks? Evidence From Bangladesh,
Asian Economic and Financial Review, 2014, 4(11): 1681-1690
10. Jaafar Ahmad et.al (2011), Ekonomi Islam : Satu Pendekatan Analisis, Bangi: UKM
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS4
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
IIF2005 PERAKAUNAN ZAKAT
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkaitan konsep zakat harta dan kaedah pengiraan
zakat harta.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan harta-harta yang diwajibkan zakat [C2, P2, A2]
2. Menjelaskan syarat wajib zakat harta [C2, P2, A2]
3. Mengira zakat harta [C4, P3, A3]
58