Page 63 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 63
IIF3004 EKONOMI ZAKAT, WAKAF DAN BAITULMAL
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang konsep zakat, wakaf dan baitulmal, teori
agihan semula kekayaan dalam ekonomi dan peranan zakat, wakaf dan baitulmal dalam
ekonomi.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan tentang konsep zakat, wakaf dan baitulmal [C2, P1, A2]
2. Menerangkan tentang teori agihan semula kekayaan dalam ekonomi [C2, P1, A2]
3. Menganalisa peranan zakat, wakaf dan baitulmal dalam ekonomi [C4, P2, A3]
Rujukan
1. Asmak Ab Rahman, Wan Marhaini Wan Ahmad & Shamsiah Mohamad (eds.) (2014),
Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues, Kuala Lumpur:
Pearson.
2. Surtahman Kastin Hasan (2013). Sistem Ekonomi Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Sheikh Ghazali Sheikh Abod & Syed Omar Agil (2011), An Introduction to Islamic
Economics and Finance. Kuala Lumpur: Cert Publication.
4. Mannan, M.A. (1986), Islamic Economics: Theory and Practice. Cambridge : The Islamic
Academy.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS4
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
IIF3005 EKONOMI BURUH PERBANDINGAN
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkaitan permintaan dan penawaran buruh. Antara
tajuk yang dipelajari ialah teori permintaan buruh jangka pendek dan jangka panjang dalam
pasaran persaingan sempurna dan tak sempurna, model permintaan buruh, teori penawaran
buruh, keseimbangan pasaran buruh dan implikasi dasar dan sudut pandang perbandingan
Ekonomi Buruh menurut perspektif ekonomi Islam dan konvensional.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan pelbagai konsep permintaan dan penawaran buruh. [C2]
2. Menganalisa faktor yang mempengaruhi keputusan individu dan keluarga untuk
memasuki pasaran buruh dalam ekonomi Islam dan konvensional. [C4]
3. Mengemukakan dasar bersesuaian untuk menyelesaikan isu pasaran buruh menurut
perspektif Islam dan konvensional [C4, A3]
Rujukan
1. Borjas, G. J. (2005) Labor Economics. New York: MacGraw-Hill.
2. Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Ahmad (2011) Ekonomi Islam: Satu
Pendekatan Analisis. Bangi: Penerbit UKM.
3. Kaufman and Hotchkiss (2006), The Economics of Labour Market.United Kingdom:
Thomsom.
4. Surtahman Kastin Hassan & Sanep Ahmad (2005) Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Zulkifly Osman (1989) Ekonomi Buruh: Teori Permintaan dan Penawaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
63