Page 67 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 67

Matlamat Program
                  Untuk memajukan bidang pengajian Syariah khususnya Sains Politik Islam berasaskan tradisi keilmuan Islam dan
                  kaedah moden yang saintifik melalui pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.

                  Objektif Program Pendidikan (PEO- Programme Educational Objective):
                   PEO1.    Melengkapkan pelajar dengan Ilmu Pengetahuan Islam dari sudut teori dan amali berdasarkan
                            doktrin Ahl Sunnah Wal Jamaah.

                   PEO 2.    Melahirkan pelajar yang beriltizam dengan nilai moral dan etika Islam.

                   PEO 3.   Melengkapkan  pelajar dengan kekompetenan  yang  relevan  seiring dengan keperluan
                            kontemporari dan arus  globalisasi.

                  Hasil Pembelajaran Program
                  Pada akhir program, graduan dapat:

                   PO1    Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang Syariah khususnya Sains Politik Islam.

                   PO2    Menggunakan kemahiran  aplikasi teknologi  maklumat dan komunikasi untuk  memahami dan
                          menganalisis isu Syariah terutamanya berkaitan politik dan pentadbiran.

                   PO3    Menunjukkan kemahiran sosial  dan rasa  tanggungjawab  terhadap masyarakat awam dan
                          persekitaran.
                   PO4    Mengamalkan nilai-nilai positif, sikap terpuji dan profesionalisme dalam bidang politik dan pentadbiran
                          Islam.
                   PO5    Mengamalkan komunikasi berkesan, bekerja secara berpasukan dan memiliki sifat-sifat kepimpinan.
                   PO6    Menggunakan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran  saintifik dalam pembuatan
                          keputusan berkaitan dengan Syariah khususnya dalam aspek politik dan pentadbiran Islam.

                   PO7    Memiliki dan menguruskan maklumat dan pengetahuan  yang relevan dengan Syariah yang
                          merangkumi politik dan pentadbiran Islam serta mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat.

                   PO8    Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam kerjaya Syariah khususnya dalam
                          aspek politik dan pentadbiran Islam.


















                                                      67
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72