Page 61 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 61

5.   Arnold, Roger A. (2016), Economics,  12th edition,  USA: South-Western Cengage
                                    Learning.

                  IIF3001  EKONOMETRIK ASAS

                                Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam topik-topik kaedah
                                penganggaran berstatistik dan inferens dalam model regresi.  Topik yang  dibincangkan
                                termasuk regresi  mudah  dan analisis korelasi, regresi pembolehubah berbilang,  prinsip
                                kaedah kuasa dua terkecil, inferens statistik, masalah penganggaran model regresi,
                                heteroskedastisiti, autokorelasi dan multilkolineariti.

                                Hasil Pembelajaran
                                Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Menjelaskan tentang konsep, terma dan metodologi ekonometrik serta model-model
                                    regresi  [C2, A2]
                                2.   Menjalankan ujian hipotesis , korelasi dan regresi  [C3, A2]
                                3.   Menginterpretasikan hasil regresi dan masalah multilkolineariti, hetroskedastisiti serta
                                    autokorelasi  [C3, P1, A2]
                                4.   Membincangkan  isu-isu semasa ekonomi dan kaitannya dengan ekonometrik [C3, P1,
                                    A2]

                                Rujukan
                                1.   Gujarati, DN (2011), Econometrics by example, 1st edn, Palgrave Macmillan.
                                2.   Gujarati, DN & Porter, DC (2009). Basic Econometrics. 4th ed. McGraw-Hill, New York
                                3.   Gujarati, DN & Porter, DC (2010), Essentials of econometrics, 4th edn, McGraw-Hill
                                4.   Dougherty, Christopher (2011), Introduction to econometrics, 4th edition, London: Oxford
                                    University Press.
                                5.   Greene, William H. (2012), Econometric analysis, 7th edition. Boston : Prentice Hall..
                                6.   Hill, R. C. (2012), Principles of Econometrics, 4th edition,  . Hoboken, NJ: John Wiley &
                                    Sons.

                                Kemahiran Insaniah
                                1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                                2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                                3.  Kerja Berpasukan: TS1-TS3

                  IIF3002  PASARAN WANG DAN MODAL ISLAM

                                Pengenalan pasaran wang dan modal Islam & perkembangannya di Malaysia, pengawal selia
                                dan platform  transaksi pasaran wang  dan modal, pasaran ekuiti Islam,  pasaran sukuk,
                                pasaran derivatif Islam, saham amanah, REIT, ETF, prinsip-prinsip syariah dalam pasaran
                                wang dan modal Islam, isu-isu muamalat dalam pasaran wang dan modal Islam

                                Hasil Pembelajaran
                                Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Menjelaskan kepentingan dan struktur pasaran wang dan modal konvensional dan Islam
                                    [C2, P2, A1]
                                2.   Membincangkan produk dalam pasaran wang dan modal Islam termasuk ekuiti, saham
                                    amanah, bon/sukuk dan sebagainya serta produk derivatif [C3, P2, A2]
                                3.   Membincangkan prinsip-prinsip muamalat yang diguna pakai dalam pasaran wang dan
                                    modal Islam [C3, P2, A2]
                                4.   Menganalisis isu-isu muamalat berkaitan pasaran wang dan modal Islam [C4, P2, A3]



                                                      61
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66