Page 60 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 60

IIF2007  LATIHAN INDUSTRI SYARIAH DAN EKONOMI

                                Latihan industri merupakan latihan luar kelas di mana pelajar akan ditempatkan di syarikat-
                                syarikat tertentu untuk menimba pengalaman bekerja. Tempoh latihan adalah 12 minggu dan
                                setiap pelajar akan dinilai dari semasa ke semasa. Pelajar didedahkan dengan dunia sebenar
                                dan mereka berpeluang mempraktikkan apa yang mereka pelajari selama ini dalam kelas.

                                Hasil Pembelajaran
                                Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Mengaplikasi nilai profesionalisme sepanjang menjalankan latihan di organisasi. [C1,
                                    P2, A2]
                                2.   Mengaplikasi  kemahiran komunikasi dengan pihak-pihak berkepentingan dalam
                                    organisasi. [C3, P2, A2]
                                3.   Menilai keberkesanan strategi organisasi melalui input-input yang diperolehi sepanjang
                                    melakukan latihan industri. [C4, P3, A3]
                                4.   Menunjukkan tingkah laku yang selari dengan nilai moral dan etika Islam. [C4, P3, A3]

                                Kemahiran Insaniah
                                1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS7
                                2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
                                3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM3
                  IIF2008  PRINSIP EKONOMI

                                Kursus ini menerangkan konsep-konsep dan teori-teori ekonomi dari sudut ekonomi mikro dan
                                makro. Kursus ini membincangkan definisi ekonomi dan masalah-masalah asas ekonomi,
                                teori permintaan dan penawaran, teori gelagat pengguna, teori pengeluaran, teori kos, struktur
                                pasaran, pengenalan ekonomi  makro, pendapatan  negara, keseimbangan  ekonomi dan
                                imbangan pembayaran.

                                Hasil Pembelajaran
                                Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Menjelaskan teori-teori asas  dalam  ekonomi mikro  meliputi teori permintaan dan
                                    penawaran, gelagat pengguna, pengeluaran dan struktur pasaran. [C2, P1, A2]
                                2.   Menghuraikan teori-teori asas ekonomi makro dan pemboleh ubah yang terlibat. [C2,
                                    P1, A2]
                                Kemahiran Insaniah
                                1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS4
                                2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                                3.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL11-LL3

                                Rujukan
                                1.   Mankiw, N.G. (2015), Principles of Economics, 7th edition, Cengage Learning.
                                2.   Mankiw, N.G. et  al. (2013), Principles of Economics Malaysia, 1st edition, Cengage
                                    Learning.
                                3.   Stanley L. Brue,  Campbell R.  McConnell  and  Sean  M. Flynn (2013),  Essentials of
                                    Economics, 3rd International Student Edition, Boston etc.: McGraw-Hill/Irwin
                                4.   Karl E. Case, Ray C. Fair, Sharon E. Oster (2017), Principles of Economics, 12th Edition,
                                    Harlow: Pearson.







                                                      60
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65