Page 6 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 6

PENGENALAN RINGKAS AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

                  1.   Latar Belakang

                     Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sepertimana yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara
                     Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Islam. Sebelum ini kedua-dua institusi tersebut merupakan institusi yang
                     tersendiri dalam Universiti Malaya.

                     Jabatan Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1959 hasil dari hubungan yang formal antara Kolej Islam
                     Malaya pada waktu itu dan Universiti Malaya. Sejak dari waktu itu Majlis Kolej Islam berfungsi sebagai penguasa
                     eksekutif  kepada jabatan  berkenaan,  manakala Senat Universiti  Malaya pula mengawasi segala yang
                     berhubung dengan hal-hal akademik.

                     Apabila Majlis Kolej Islam Malaya dibubarkan pada tahun 1970, Jabatan  Pengajian  Islam telah diletakkan di
                     bawah  bidangkuasa  Majlis  dan  Senat Universiti  Malaya. Selama tempoh tersebut sehingga ia  bergabung
                     dengan Akademi Pengajian Islam pada bulan April 1996, jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah
                     Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

                     Akademi Islam pula ditubuhkan  pada tahun  1981hasil  pengambilalihan  Yayasan  Pengajian  Tinggi  Islam
                     Kelantan  (YPTIK) yang telah  ditubuhkan  pada tahun  1965. Ia mengandungi  dua buah  fakulti, iaitu  Fakulti
                     Syariah dan Fakulti Usuluddin, satu program ijazah, iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, dan
                     satu program matrikulasi, iaitu Pra Akademi Islam.

                     Pada tahun 1996, Akademi terus berkembang dengan penubuhan 9 buah Jabatan dan dibahagikan kepada
                     empat bahagian  iaitu  Bahagian  Pengajian  Syariah  mengandungi  Jabatan Fiqh dan  Usul,  Jabatan Siasah
                     Syari’yyah,  Jabatan Syariah  dan  Ekonomi, Jabatan Syariah  dan Pengurusan,  dan Jabatan  Syariah dan
                     Undang-Undang. Bahagian Pengajian Usuluddin pula terdiri dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Jabatan
                     Dakwah dan Pembangunan Insan, Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, dan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.
                     Dua (2)  program  yang dijalankan  bersama  Fakulti Pendidikan  dan  Fakulti Sains serta Fakulti  Sains dan
                     Teknologi Maklumat pula ialah program Pendidikan Islam dan Program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi
                     Maklumat.

                     APIUM turut menawarkan 2 program asasi yang merupakan program feeder kepada APIUM iaitu program Asasi
                     Pengajian Islam dan Sains yang dijalankan di kampus UM Kuala Lumpur dan program Asasi Pengajian Islam
                     yang dijalankan di kampus cawangan UM di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

                  2.  Pentadbiran

                     Pentadbiran Akademi Pengajian Islam dilaksanakan di dua tempat, iaitu di kampus utama Universiti Malaya
                     Kuala Lumpur dan di kampus UM di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

                     Di  kampus  utama  pentadbiran  dilaksanakan melalui tiga  komponen utama, iaitu  Bahagian Ijazah  Tinggi,
                     Bahagian Ijazah Dasar dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan. Sementara di kampus cawangan di
                     Nilam Puri, tumpuan diberikan kepada program asasi.

                     Setiap bahagian pentadbiran di kampus utama termasuk di kampus cawangan Nilam Puri diketuai oleh seorang
                     Timbalan Pengarah yang bertanggungjawab kepada Pengarah Akademi.

                     Bagi memperkukuhkan  pentadbiran  akademik  di  Akademi Pengajian  Islam ini, sembilan jabatan dan  tiga
                     program telah ditubuhkan. Jabatan-jabatan dan program-program tersebut adalah seperti berikut:

                         (1)  Jabatan Fiqh dan Usul
                         (2)  Jabatan Syariah dan Ekonomi
                         (3)  Jabatan Siasah Syar’iyyah
                         (4)  Jabatan Syariah dan Pengurusan
                         (5)  Jabatan Syariah dan Undang-undang
                         (6)  Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
                         (7)  Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith
                                                       6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11