Page 4 - 5_PROGRAM_KESUSASTERAAN_MELAYU
P. 4
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA KESUSASTERAAN MELAYU
PELAJAR MALAYSIA
Calon tempatan harus memenuhi Syarat Am Universiti sebelum diterima masuk ke Program ini.
1.1 Syarat Am Universiti
SPM
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan
lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
dan
STPM
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
atau
MATRIKULASI/ASASI
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
atau
DIPLOMA/SETARAF
a) Mempunyai kelulusan Diploma IPTA / ILKA / IPTS atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (Syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan oleh UA); atau
b) Lulus peperiksaan STPM tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam
tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
c) Matrikulasi/Asasi tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
d) STAM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
e) Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/International Baccalaureate Diploma/Australian Matriculation
(AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku
pada tarikh permohonan.
serta
1.2 KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Syarat Khas program yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa seperti berikut:
STPM
Aliran Sains/Sastera
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Kesusasteraan Melayu/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif/ Sejarah/ Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Kesusasteraan Melayu/ Kesusasteraan Melayu;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.
4