Page 6 - 5_PROGRAM_KESUSASTERAAN_MELAYU
P. 6
PELAJAR ANTARABANGSA
2.1 Pemohonan bukan warganegara yang ingin mengikuti program Sarjana Muda di Universiti Malaya hendaklah tamat dan
lulus sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun pengajian serta memperolehi kelayakan seperti berikut:
a) Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/
A-Level/IB/Setaraf;
atau
b) Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Universiti dengan
mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;
dan
c) Memperolehi keputusan yang berikut dalam salah satu (1) peperiksaan kecekapan Bahasa Inggeris yang
dinyatakan di bawah:
i. skor 500 (PBT), 173 (CBT) atau 60 (IBT) dalam Test of English as a Foreign Language (TOEFL);
ii. band 5.0 dan ke atas bagi International English Language Testing System (IELTS) (Academic);
iii. band 3 dan ke atas dalam Malaysian University English Test (MUET);
iv. skor 41 dan ke atas Pearson Test of Academic English (PTE Academic);
v. gred C dan ke atas bagi subjek Bahasa Inggeris untuk General Certificate of Education (A-Level), University
of Cambridge;
vi. gred C dan ke atas bagi subjek Bahasa Inggeris untuk General Certificate of Secondary Education (O-
Level), University of Cambridge;
vii. gred C dan ke atas dalam Cambridge Assestment English: First (FCE).
dan
d) Memenuhi keperluan syarat khas kemasukan ke program pengajian yang berkenaan.
2.2 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan
Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
No. Kategori Penjelasan
1. Kurang Upaya Penglihatan Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua
belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau
tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan
alat bantuan pendengaran.
Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU
pendengaran, iaitu:
Minima (Mild) - (2-<30 dB)
(untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90db)
Sangat teruk (Profound) - (> 90 dB)
2. Kurang Upaya Penglihatan Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad
sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan
menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta
sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:
Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik
walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan
penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;
Penglihatan Terhad
(Low Vision / Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih
baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu
penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah
daripada fixation.
3. Kurang Upaya Fizikal Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama
ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-
mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang
tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan
keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam ketegori ini ialah kerdil,
kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan,
lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi
6