Page 19 - Buletin Bulan Mac-April Terbit 2024
P. 19
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KEARIFAN TEMPATAN DAN SENI BINA MELAYU
Budaya pemikiran identiti seni bina pada masa kini telah melahirkan satu
pembangunan pemikiran seni bina yang terkongkong dan statik disebabkan
kegagalan pemahaman nilai sebenar identiti yang perlu diketengahkan.
Perkara ini disifatkan sebagai ‘perangkap identiti’, iaitu kecenderungan
sesebuah institusi yang mengasingkan pendirian mereka daripada
kepelbagaian institusi di sekelilingnya, sehingga melahirkan tanggapan
bahawa intipati institusi itu adalah lebih baik berbanding yang lain.
19