Page 21 - Buletin Bulan Mac-April Terbit 2024
P. 21

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU


                         PEMBANGUNAN IDENTITI


                               SENI BINA NASIONAL


























































       Dalam konteks pembangunan identiti seni bina nasional hari ini,
       pembangunan reka bentuk fizikal lebih diutamakan kerana ia lebih

       dominan dan unggul dalam mencerminkan identiti institusi Melayu.
       Elemen utama              yang harus disoroti adalah keluhuran nilai,

       peradaban dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional, yang
       secara jelas dapat dilihat di dalam setiap perincian reka bentuk
       bangunan seni bina Melayu tradisional. Jika ditafsir dan dirungkai

       dengan sebaiknya, reka bentuk berasaskan identiti nasional itu
       seharusnya dapat menaungi pelbagai aspek utama di dalam

       pembangunan sesebuah reka bentuk, kerana ia bertepatan dengan
       nilai dan keunikan tempatan tempat sesebuah bangunan itu dibina.
       Ini termasuklah aspek alam sekitar.

















                                                                                                  21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26