Page 24 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 24
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PLATFORM INTERAKTIF MAHASISWA SARAWAK
DENGAN PEMIMPIN SARAWAK
18 Mei 2024 - Diskusi bersama Premier Sarawak ini menjadi usaha untuk
memastikan setiap rakyat Sarawak mendapat manfaat daripada peruntukan
yang dibuat. Program ini turut menjadi platform interaktif di mana pelajar
dapat berinteraksi secara langsung dengan pemimpin negeri, menyuarakan
pendapat dan bertanya soalan mengenai masa depan negeri Sarawak.
Langkah ini diharap dapat merangsang keterlibatan aktif pelajar Sarawak
dalam membangunkan negeri, serta mendorong mereka untuk
menggunakan kemahiran dan ilmu yang diperoleh di universiti demi
kemajuan Sarawak.
24