Page 29 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 29
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PROGRAM AGIHAN MAKAN PERCUMA
UNTUK PARA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA
9 Mei 2024 – Seramai 60 pelajar Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya telah menikmati makan tengah hari yang diagihkan
secara percuma. Program ini merupakan inisiatif beberapa mantan
pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai. Agihan
makanan percuma ini amat bermakna dalam usaha meringankan
beban kewangan pelajar. Melalui kerjasama dengan pelbagai pihak,
program seperti ini mencerminkan nilai-nilai murni seperti
kebersamaan, keikhlasan, keprihatinan, sikap saling membantu dalam
masyarakat.
29