Page 31 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 31
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
RIHLAH ILMIAH KE PERPUSTAKAAN
SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
06 Mei 2024 - Dengan kerjasama Toko Buku Pujangga Baru,
seramai 62 orang mahasiswa bagi kursus JIF 1006 Dunia
Melayu, di bawah bimbingan Dr. Abdul Muqit Muhammad,
telah menyertai program Rihlah Ilmiah ke Perpustakaan Syed
Muhammad Naquib al-Attas di Institut Pemikiran dan Tamadun
Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sebagai penutup lawatan, mahasiswa berpeluang mendengar
syarahan oleh Dr. Wan Ali Wan Mamat dan Prof. Ahmad
Murad Merican mengenai naratif dan persoalan pengajian
Melayu. Syarahan ini memberikan perspektif mendalam
tentang pentingnya kajian dalam bidang ini dan membuka
ruang untuk perbincangan yang lebih luas.
31