Page 32 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 32
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PASUKAN PEMANTUN
UNIVERSITI MALAYA
(SRI GENTA MALAYA)
7 Mei 2024 - Pasukan pemantun Universiti Malaya (Sri
Genta Malaya) yang diwakili oleh Siti Nur Balqis Syamsul
Zaidi (Pelajar Akademi Pengajian Melayu), Aeiman Haikal
Shamshir (Fakulti Sastera dan Sains Sosial), Mohamad
Shahrul Syahmi Sahimin (Akademi Pengajian Islam) dan
Huda Rafiah binti MD Isa (Fakulti Sastera dan Sains Sosial)
berjaya merangkul gelaran juara pada Temasya Pantun
Kerabat Bestari (Tepak Bestari) 2024. Sebagai pasukan
pemantun Universiti Malaya, Sri Genta Malaya berkomitmen
untuk mengekalkan tradisi pantun Melayu. Melalui setiap
bait, pemantun menyampaikan mesej yang mendalam dan
keindahan bahasa yang menyentuh jiwa.
32