Page 60 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 60
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KHIDMAT SOSIAL APM:
MENYANTUNI PESAKIT KANAK-KANAK
DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSISI MALAYA
13 Jun 2024 - Akademi Pengajian Melayu telah menjalankan
khidmat sosial di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai
sebahagian daripada tanggungjawab sosial APM. Program ini
bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pesakit dan
keluarga mereka, serta meningkatkan kesedaran tentang
pentingnya perpaduan dan sokongan komuniti. Inisiatif ini
bukan sahaja membantu meringankan beban mereka yang
memerlukan, tetapi juga memperkukuh nilai kemanusiaan
dalam kalangan pelajar. Khidmat Sosial Akademi Pengajian
Melayu di Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah satu
inisiatif bermakna yang melibatkan pensyarah dan pelajar APM
dalam memberi sumbangan kepada masyarakat.
60