Page 55 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 55
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KONVOKESYEN KHAS BERSAMA
UNIVERSITI MALAYA
7 Mei 2024 - Istiadat Konvokesyen Khas Universiti Malaya
berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, menyaksikan kehadiran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Sheikh Dr.
Mohammed Abdulkarim Al-Issa, yang dianugerahkan Ijazah Kehormat
Doktor Sains Politik. Penganugerahan ini disampaikan oleh Pro
Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Datuk Seri Dr. Aishah Ong,
sebagai penghormatan atas sumbangan luar biasa Sheikh Dr.
Mohammed dalam bidang politik dan kemanusiaan di peringkat global.
Acara ini menjadi detik penting, memperlihatkan pengiktirafan
Universiti Malaya terhadap kepimpinan dan usaha beliau dalam
mempromosikan keadilan, keamanan, dan persefahaman antara
bangsa.
55