Page 53 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 53
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
ANUGERAH TOKOH BISTARI PEMUISI
15 Jun 2024 - Sekalung tahniah diucapkan kepada Profesor
Madya Dr. Norhayati Ab. Rahman atas penganugerahan
Anugerah Tokoh Bistari Pemuisi. Anugerah ini merupakan
satu pengiktirafan yang amat bermakna atas sumbangan
luar biasa beliau dalam dunia puisi dan kesusasteraan,
sekaligus memperkukuh kedudukan beliau sebagai figura
penting dalam arena sastera tanah air. Semoga kejayaan ini
menjadi sumber inspirasi kepada semua pencinta puisi dan
sastera untuk terus berkarya dan memberi impak positif
kepada masyarakat.
53