Page 52 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 52
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
HARI PUISI SEDUNIA 2024
BERSAMA ASTRO AWANI
04 Jun 2024 - Hari Puisi Sedunia 2024 disambut dengan meriah dan
disiarkan secara langsung oleh Astro Awani, menyatukan pencinta
puisi dari pelbagai lapisan masyarakat. Dengan kehadiran tokoh
tersohor, Profesor Madya Dr. Norhayati Ab. Rahman, acara ini
mendapat pengiktirafan sebagai platform penting untuk memperkukuh
nilai seni dan budaya dalam kalangan masyarakat. Dr. Norhayati turut
memberikan ucapan yang menekankan betapa pentingnya puisi dalam
mendekati dan menyentuh isu-isu kemasyarakatan, serta peranannya
dalam membentuk pemikiran dan kesedaran sosial.
52