Page 41 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 41
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
/
13 November 2024- program yang dirancang khusus untuk memberikan
pendedahan tentang pelbagai laluan pendidikan kepada pelajar Pusat
Asasi Universiti Malaya (PASUM). Program ini bertujuan membantu pelajar
membuat keputusan yang tepat tentang hala tuju pendidikan mereka
selepas tamat pengajian di peringkat asasi. Turut hadir Profesor Madya Dr.
Tengku Nitan Marlina Tengku Mohd Ali, Timbalan Dekan Ijazah Dasar dan
Hal Ehwal Pelajar, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.
Beliau hadir bersama dua staf pentadbiran, Cik Mahirah dan Encik Hailme,
untuk memperkenalkan program pengajian Melayu kepada para pelajar
PASUM. Pelajar PASUM diberi pencerahan tentang bagaimana bidang ini
tidak hanya berkait dengan budaya dan bahasa tetapi juga memainkan
peranan penting dalam pengantarabangsaan ilmu.
41