Page 42 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 42
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
/
12 November 2024- Dr. Shafa'atussara Silahudin telah membuat persembahan
istimewa dalam acara Rintihan Cakerawala bagi sesi 2024/2025. Acara ini dianjurkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Planetarium Negara, memperlihatkan bakat
beliau yang menyerlah. Program ini menampilkan pelbagai persembahan seperti
deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara Dato’ Zurinah Hassan dan pemuisi tanah air,
lagu puisi, nazam, gurindam, dikir barat, serta persembahan istimewa oleh Roslan
Madun dan Kimal (Margasatwa). Rakaman acara boleh ditonton di laman Facebook
Dewan Bahasa dan Pustaka.
PERSEMBAHAHAN LAGU DI MAJLIS KONVOKESYEN KE -64
UNIVERSITI MALAYA
Dr. Shafa'atussara Silahudin telah dijemput membuat persembahan
nyanyian pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (Sidang
16/Akhir) petang tadi. Beliau memukau hadirin dengan lagu "Ibu"
nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan "Simply The Best"
nyanyian asal Tina Turner. Persembahan ini menambah keindahan
majlis dengan gabungan lagu klasik dan moden yang penuh emosi.
42