Page 59 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 59
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
LAWATAN PENANDA ARAS KE UKM
21 November 2024- delegasi dari Akademi Pengajian Melayu (APM),
Universiti Malaya, telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat
BITARA Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lawatan
berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik
Mesyuarat Pusat BITARA Melayu, UKM. Lawatan ini bertujuan untuk
memperkukuh hubungan antara APM dan Pusat BITARA Melayu dalam
usaha meningkatkan kualiti pengajian Melayu di peringkat kebangsaan.
59