Page 62 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 62
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
MESYUARAT TAHUNAN PERSATUAN
MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN
MELAYU (PMAPMUM)
Mesyuarat Tahunan Persatuan Mahasiswa Akademi
Pengajian Melayu (PMAPMUM) Sesi 2023/2024 telah
berlangsung dengan jayanya pada 16 November 2024
(Sabtu), bertempat di Dewan Kuliah Anggerik, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Mesyuarat ini menjadi
platform utama bagi ahli persatuan untuk membincangkan
pencapaian, perancangan, dan halatuju persatuan bagi sesi
mendatang.
62