Page 12 - Bulletin_APM_Sept_Okt2024
P. 12
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
UM OPEN DAY (Saluran Terbuka)
Akademi Pengajian Melayu turut menyertai UM Open Day
(SATU) 2024, anjuran Universiti Malaya bagi kemasukan
Semester 1, Sesi Akademik 2024/2025. Program ini diuruskan
oleh Pusat Pemasaran (MC) dan Jabatan Pemasaran dan
Perkhidmatan Akademik (MASD). Tahniah kepada pelajar yang
berjaya mendaftar hari ini. Orang ramai telah dijemput ke reruai
APM, 15 September 2024, hari terakhir pendaftaran menerusi
Saluran Terbuka UM (SATU). Akademi Pengajian Melayu telah
menerima pendaftaran seramai tiga orang pelajar di saluran 1.
Syabas dan tahniah kepada wargakerja APM yang berusaha
mempromosikan Akademi Pengajian Melayu.
12