Page 14 - Bulletin_APM_Sept_Okt2024
P. 14
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
BENGKEL PENULISAN ARTIKEL BERINDEKS:
SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
10 September 2024- Bahagian Ijazah Tinggi, Penyelidikan &
Inovasi Akademi Pengajian Melayu (APM) telah menganjurkan
Bengkel Penulisan Artikel Berindeks: Sains Sosial dan
Kemanusiaan untuk memberikan pendedahan dan bimbingan
tentang tatacara penulisan jurnal serta penghantaran artikel
berindeks. Bengkel ini dipimpin oleh Dr. Fakhrur Razi Maamor,
yang berkongsi panduan dan ilmu berharga kepada para peserta.
Bengkel ini telah diadakah di Bilik Mesyuarat Kiambang, Akademi
Pengajian Melayu.
14